Tuesday, January 10, 2012

Allah sayang KITA???

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Erm, bayangkan ade bende yg kita nak sangatx1000000 yg kita tahu akan membantu DnT kita dan akan membuatkan kita bertambah2 OSEM dan HOYYEEAAAAHHH!!!!



Pastu kita mintak kat Allah sbb hanya Dia jer yg berkuasa utk bagi tapi kita sangat2 unsure sama ada kita dpt ataupun x ape yg kita nak tu.



Pastu tibe2 Allah bg kat KITA dgn cara yg amat2 kita xsangka.


Apekah perasaan anda jika anda berada dalam situasi tersebut?? (~_^)

Pasti anda akan rasa yg Allah sayang sangatx3 kan anda kan????

Jadi apakah cara utk ekspressikan kesyukuran anda kepada Allah diatas kurniaannya tersebut????

Pastinya ketaatan anda pada-Nya haruslah diGIGA tingkatkan ^^. Makin banyak amalan yang anda akan perlu lakukan dan makin 'kencang'lah dakwah anda selepas ini kan????



Jom3, kita KENCANGkan lagi dakwah dan tarbiyyah KITA :D
Jom buat Allah lagi sayang dan suwwwiiiit dengan KITA :)

Wallahualam,
Wassalam :)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, December 20, 2011

Pesanan Saidina Umar Al-Khattab kepada Saad bin Abi Waqqas

Bismillah Arrahman Arrahiim
Assalamualaikum (^__^)


mudah kan untuk kita merasakan bahawa kita perlu melakukan yang terbaik dalam setiap perbuatan KITA diatas dunia ini dan melupakan faktor Allah berkuasa keatas segala2-Nya... TT__TT

mudah sangat untuk rasa 'asalkan aku buat yang terbaik pasti Allah akan bantu dan berikan kejayaan/kemenangan...' 

berapa kali kita mintak pada Allah untuk buka hati mutarabbi KITA selepas KITA berpenat lelah memerah otak dan keringat untuk memberikan yang terbaik buat mereka.... huhuhuhuuhu 

ade terfikir tak tindak tanduk dan kehidupan kita akan menentukan keberjayaan dakwah kita???? 

JOM! KITA buat sedikit imbasan dan kita tgk balik sirah sahabat, apakah yang membuatkan sahabat2  dimuliakan oleh Allah dan diberi kemenangan keatas manusia lain dizaman mereka namun kita pada masa ini yang  mempunyai pelbagai sumber boleh dihina dan dipandang rendah?? tak rase pelik ker? ade al-quran, ade banyak sumber rujukan daripada ulama' dan pendakwah hebat terdahulu namun masih lagi kita dipandang hina dan lemah TT__TT

pasti ada kekurangan yang amat besar disitu... jadi JOM kita tgk nasihat saidina Umar ni yang dirasakan merupakan antara kunci kekuatan sebenar KITA yang telahpun dilupai (^_^)


Pesanan Saidina Umar Al-Khattab kepada Ketua Tentera Muslimin, Saad bin Abi Waqas ketika beliau mengutuskannya untuk pembukaan kota Parsi...

Sesungguhnya aku memerintahkan kepadamu wahai Saad ! Dan juga mereka yang bersama-samamu...
Supaya bertaqwa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan kerana 
sesungguhnya
 taqwa kepada Allah SWT adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sehebat-hebat strategi dalam peperangan.

Aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersama-samamu...
supaya menjauhkan diri daripada maksiat kerana 
sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam adalah lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam.
Sesungguhnya orang-orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah SWT disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh, jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada lagi bagi orang-orang Islam kekuatan. 

Bilangan tentera kita tidak sebanyak bilangan tentera mereka. Kelengkapan senjata kita tidak sehebat kelengkapan senjata mereka.
Maka jika amalan maksiat dan tabiat kita sama dengan pihak musuh, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi mereka!
Jika kita tidak mendapat pertolongan daripada Allah SWT keatas musuh-musuh ini dengan kelebihan kita, sudah pasti kita tidak akan dapat mengalahkan mereka. 

Ketahuilah!
Bahawa ada bersama dalam perjalananmu, malaikat-malaikat yang mengawasi, dan para malaikat ini mewakili pihak kerajaan Allah SWT untuk menjagamu. 
Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan. Maka malulah terhadap apa yang ingin kamu lakukan.
Janganlah kamu berkata "Sesungguhnya pihak musuh lebih hina dari kita, dan mereka tidak akan dapat menguasai kita walaupun kita turut berbuat kejahatan".
Mana tahu Allah akan mendatangkan satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh, seperti yang pernah berlaku kepada kaum Bani Israil dahulu yang mana akhirnya mereka telah dikuasai oleh orang-orang kafir Majusi (penyembah api). 

Mohonlah dari Allah Taala kemenangan keatas nafsu-nafsu mu, sepertimana kamu memohon kemenangan keatas musuh-musuh mu.
Aku memohon perkara yang sama keatas diriku dan dirimu.

~ Saidina Umar Al-Khattab


JOM  SAMA-SAMA UBAH !!! (>__<) Y

Friday, October 21, 2011

Khabar...

Salam alaikum (^__^)

Apa khabarmu???
Apa khabar hatimu??
Apa khabar imanmu??



- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, July 17, 2011

Tarbiyyah ertinya merubah

Bismillah Arrahman Arrahiim
Assalamualaikum.

Sedih, sedih melihatkan segelintir manusia terlalu sukar utk diubah, terlebih gemar utk terus berada di takuk lama. Sedangkan itu bukanlah sifat tarbiyyah.

Sifat tarbiyyah itu merubah ,
Merubah kearah yg lebih baik.

Seorg yang dahulunya lemah,
Diubah menjadi kuat.
Segala2nya kerana tarbiyyah,
Sekiranya dia mengambil serius tarbiyyahnya,
Menghadam betul2 nasihah yg diberikan kepadanya.

Seharusnya rasulullah dijadikan qudwah,
Diganti segala akhlak diri dengan akhlak islamiah.

Semoga segalanya dilakukan kerana Allah.

Aku menulis kerana aku sedar....
Aku insan yang masih banyak lompong2 didalam diri ini yang masih perlu diperbaiki, terlalu banyak sifat2 dan akhlak2 diri perlu diganti. Kerana aku sedar, manusia tidak akan pernah sempurna akan tetapi sentiasa mengejar kesempurnaan.

Kesempurnaan hakiki yang dikejar hanya utk mendapat pengiktirafan drpd yang Maha Esa, bukan kata2 manis insan hina. Semoga Kau golongkan aku kedalam golongan tersebut ya Allah.




Ambillah setiap kebaikan tidak kira dari mana ia datang, asalkan ia masih bersandarkan al-haq (^__^)Y


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, July 7, 2011

Squeeze in =)

Bismillah arrahmaan arrahiim
Assalamualaikum wbt...

Lame kan tidak menulis disini?
Nak kata sibuk 'bekerja', tidak jugak. Mungkin kerana culas dan byk sangat menangguh kerja rasanya. TT__TT

Jom muhasabah (^__^) Y

Jangan pernah segan utk bermuhasabah.
Jgn pernah marah apabila dimuhasabah.

Muhasabahlah utk berubah,
Dan janganlah memuhasabah utk merendah- rendah.

Erk, jadi apakah mesej yg ingin disampaikan. Daie tidak pernah akan berbuat suatu yg kosong, tidak akan pernah ada masa yg kosong. Kosong bermakna lalai!!!

Jom sama2 saling ingat- mengingatkan.
Fazakkir innama anta muzakkir =D

Allahu alam =)

ps - kaitan tajuk dgn isi???
Mesej2 yg besar2 disqueezekan dlm satu entry, dahlah tulis pun pendek2 =P


always thinks positive so that we can go further >_<
Hihihi


- Posted using BlogPress from my iPhone